DROPSHIP

  1. Home
  2.  » Join Us

MALAY

ENGLISH

PROGRAM DROPSHIP

Kami telah menyediakan program Dropship yang terkini untuk mengedarkan produk kami ke seluruh Malaysia. Dengan program Dropship ekslusif kami, kami menyediakan perkhidmatan inventori dan penghantaran terus kepada pelanggan bagi pihak anda. Dengan cara ini, anda tidak perlu memikirkan langsung soal ruang untuk inventori atau masalah penghantaran / logistik. Semuanya diuruskan sepenuhnya oleh kami dan anda hanya perlu sentiasa kemaskini maklumat pesanan & penghantaran yang kami kongsi kepada anda secara atas talian.

JADI APA TUGAS ANDA? Anda hanya perlu mempromosikan produk kami di platform media sosial anda dan mendapatkan pesanan daripada pelanggan anda. JANGAN BIMBANG kerana kami telah menyediakan bahan-bahan promosi yang anda perlukan dan kami akan sentiasa memberi sesi bimbingan dan aktiviti yang amat anda perlukan setiap minggu.

BAGAIMANA PROGRAM BERFUNGSI

DAFTAR

Anda hanya perlu melawat laman sesawang kami www.thefaceandco.com dan ikut saja proses pendaftaran di laman ini. Anda diwajibkan untuk membeli hanya satu jenis Serum kami (Men / Women) sebagai syarat pendaftaran. Seterusnya anda akan mendapat akses ke saluran program Dropship eksklusif kami.

BAHAN PROMOSI

Tahniah! Anda telah menjadi keluarga Dropship eksklusif kami. Sekiranya anda mempunyai laman web / Instagram / Facebook / Lazada / Shopee anda sendiri, anda boleh terus menggunakan gambar, keterangan produk dan bahan promosi kami yang lain di saluran jualan anda. PIlih saja yang mana sesuai dengan anda.

TEMPAH PESANAN

Sebaik sahaja anda menerima pesanan dari pelanggan, anda boleh mengunjungi laman web dalam talian kami dan membuat pesanan anda. Pastikan anda memasukkan alamat penghantaran pelanggan yang tepat untuk setiap produk untuk memastikan penghantaran yang betul

POS PAKEJ

Tahniah! Anda telah membuat pesanan untuk pelanggan anda. Sekarang, kami akan menghantar pakej itu terus ke pelanggan anda. Anda akan menerima e-mel pemberitahuan setelah kami menghantar pesanan itu dan anda juga boleh meminta nombor tracking untuk menjejaki pesanan dan mengemas kini pakej pelanggan anda.

BIMBINGAN & GANJARAN

Kami tahu pengetahuan produk dan kemahiran pemasaran digital adalah sangat penting. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan sesi perkongsian & aktiviti secara PERCUMA bersama Coach Jerry King setiap minggu untuk mengetahui teknik / strategi terkini pemasaran secara digital. Pengasas, Puan Intan Ilyani, juga telah menyediakan pakej Personal Branding yang terbaik untuk memastikan anda bersedia secara mental & fizikal. Semuanya secara PERCUMA.

Komisen setiap jualan adalah di antara RM10-RM20 bergantung kepada harga produk. Selain daripada komisen yang tinggi ini, kami juga menyediakan ganjaran berupa jongkong emas setiap bulan sekiranya anda mencapai tahap jualan yang ditetapkan.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Berapa saya perlu bayar untuk menjadi Dropship?

Anda hanya perlu membeli satu serum Face & Co (Men / Women) di laman sesawang www.thefaceandco.com dan klik di pautan yang disediakan untuk mendaftar sebagai ahli dropship. Setelah pendaftaran diluluskan, anda akan diberikan nombor ahli Dropship untuk rujukan

Apakah syarat minimum pesanan oleh ahli Dropship?

Tiada syarat minimum pesanan. Bagaimanapun, sekiranya ahli Dropship tidak membuat apa-apa pesanan selama sebulan, pendaftaran akan dibatalkan secara automatik

Di mana saya boleh menjual produk?

Anda boleh menjual / mempromosi produk di laman sosial milik anda sendiri (Instagram / Facebook / laman sesawang) atau di platform Shopee / Lazada

Bagaimana untuk membuat pesanan?

Setelah mendapat bayaran daripada pelanggan, anda perlu pergi ke laman sesawang www.thefaceandco.com untuk membuat pesanan bagi pihak pelanggan. Pastikan nama, alamat, nombor telefon dan emel pelanggan adalah lengkap

Berapakah harga pos untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak?

Harga pos untuk Semenanjung adalah RM9.00 dan Sabah & Sarawak adalah RM14.00

Adakah nombor tracking akan diberikan untuk semua penghantaran?

Ya, nombor tracking penghantaran akan dihantar melalui emel kepada pelanggan untuk rujukan

PANDUAN PENDAFTARAN

DAFTAR DROPSHIP 

0
Open chat
💬 Chat with us?